Pages

Nutella marble Cake

Bahan-Bahan
270 gram mentega
250 gram tepung Hong Kong
230 gram gula kastor
10 gram serbuk koko
6 biji telur saiz besar
2 sudu makan susu manis
1 sudu makan rata ovalette
1 sudu makan air (paip)
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh serbuk vanilla/vanilli

secukup Nutella utk disapu

Cara:1) Mentega, susu dan vanilla disatukan lalu dipukul hingga kembang. Ketepikan. – Bahan A
2) Masukkan telur, ovalette, air, baking powder, tepung dan gula ke dalam mangkuk mixer. Pukul hingga kembang dan pekat. - Bahan B
3) Satukan Bahan A dan B. Gaul rata.
4) Keluarkan 1/4 bahagian adunan dan campurkan dengan serbuk koko. Kacau rata.
5) Siapkan tin kek berukuran 8 x 8 inci yang sudah dialas kertas dan disapukan mentega.
6) Masukkan 3 senduk adunan plain dan 1 senduk adunan koko dan ulang cara ini hingga semua adunan selesai digunakan.
7) Bakar adunan dalam ketuhar dengan suhu 180 darjah C selama 45 – 50 minit.
8) Biarkan kek betul2 sejuk sebelum di belah dua dan disapu dgn Nutella. Masukkan dlm peti sejuk sebentar sebelum dihidangkan.
Nota :
1) Yg saya buat ialah adunan di bahagi 3 bahagian. 1 bahagian di bubuh serbuk koko dan sedikit pewarna coklat. Yg lagi 2 bahagian tu saya biar plain. Kemudian saya bubuh 1 bahagian plain dan ratakan. Pastu, saya bubuh bahagian cokelat pula. Last sekali saya bubuh yg plain, Then saya gunakan chopsticks dan buatkan lorekkan ke seluruhan adunan. Kalau nk ada design di permukaan, tglkan sedikit adunan cokelat dan bubuh dipermukaan sebelum di buat lorekan ya. Harap maklum..
2) Kek akan menjadi lebih lembut dan moist jika ia di makan sekurang2nya 1 hari selepas dibuat.

Jenekek

Janekek600 g tepung gandum
200 ml air
1 tsp (bumbung) potas (gunakan bicarbonate of soda jika potas tkde)
1/2 tsp garam halus
2 bj telor (grade B)
200 g gula caster
1/4 tsp instant yeast
2 tsp (rata) baking powder
1/4 tsp pewarna kuning (optional)

Cara:
Telur dan gula dipukul hingga kembang. Masukkan potas, instant yeast dan baking powder. Pukul lagi. Kemudian masukkan tepung, air, pewarna kuning dan garam dan di uli rata. (Kalau guna mesin Kenwood gunakan K beater). Uli rata2, adonan ni agak lembek. Adunan diperap selama 8 jam atau semalaman.

Ambil sedikit adunan, lalu dleperkan dtapak tangan (biar tipis sedikit) lalu masukkan ke dlm minyak yang banyak dan d goreng hingga masak.

Nota: Taburkan sedikit tepung pd papan dan kayu penggelek. Ambil adunan dan dtepek2kan dgn sedikit tepong dan gelek tipis2. Buat hingga habis barulah dgoreng.

Biskut Gajus

Bahan
125 gm Crisco
125 gm mentega
150 gm gula kaster
4 biji kuning telur

300 gm Top flour }
1 sudu teh sodium bicarbonate }
1 sudu teh baking powder }
25 gm tpg jagung }
25 gm tpg susu } … diayak

60 gm gajus dibakar sebentar dan dikisar kasar
secukup gajus dibelah dua untuk hiasan
secukup telur utk disapu di atas biskut

CaraPukul Crisco, mentega dan gula sehingga kembang dan gebu dgn kelajuan yg deras selam 3-5 minit. Masukkan kuning telur sebiji sebiji sambil dipukul, sehingga bergaul rata.
Dgn kelajuan perlahan, masukkan campuran tpg yg telah diayak, sedikit sedikit sehingga mendapat adunan doh yg lembut. Masukkan pula gajus kisar dan adun hingga rata. Adunan dibahagi sama rata, setiap satu 10 gm. Jadikan bebola kecil dan ditekan di tengahnya lalu dihias dgn gajus. Tekan sedikit lagi supaya gajus melekat dan sapu telur di atasnya. Bakar di ketuhar 170 darjah C, selama 10-15 minit atau sehingga masak.

Chocolate Almond Cookies

CHOCOLATE ALMOND COOKIESBahan-Bahan
( A )
260 gm mentega
185 gm gula aising
( B )1 biji telur
½ sudu teh pes kopi
1 susu teh pes cokelat
( C )
400 gm tepung
1 sudu besar tepung susu
½ sudu teh baking powder
15 gm serbuk koko
( D )180 gm kepingan badam (almond flakes)
CaraPukul ( A ) hingga sebati. Masukkan ( B ) dan pukul hingga licin. Masukkan ( C ) yg telah diayak dan kemudian tambahkan ( D ). Adun hingga sebati. Tekan adunan ke dalam dulang segi-empat, berukuran 20 sm (8 inci) yg dialas dgn kertas minyak. Simpan dalam peti sejuk semalaman atau sehingga keras. Keluarkan adunan dari peti sejuk dan potong menjadi kepingan 4sm. Potong menjadi kepingan nipis berukuran 5 mm tebal. Letakkan dalam dulang pembakar yg telah digris dan bakar pada suhu 170 darjah Celsius selama 20-25 minit.

Nota: Kepingan badam boleh digantikan dgn kacang lain seperti walnut, hazelnut atau lain2.

Hazelnut Ball

CHOCOLATE HAZELNUT COOKIES

Bahan-bahannya:
250 gm mentega
100 gm kacang panggang hazelnut (kisar halus)- saya kisar 1/2 kasar 1/2 halus
225 gm tepung Hong Kong (saya tambah sedikit lagi jika adunan lembik)
1 sudu teh esen vanilla
70 gm gula halus
50 gm tepung beras
secukup badam/hazelnut cincang (dibakar sebentar)
secukup hazelnut (dibakar sebentar)

Peraturan:Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan tepung Hong Kong, tepung beras dan hazelnut kisar. Ambil sebiji hazelnut, bolotkan dengan adunan tepung tadi hingga menjadi seperti bola. Ulang sehingga kesemua hazelnut dan adunan habis. Bakar di dalam oven dengan suhu 170 darjah Celsius. Setelah masak, sejukkan dan celup dengan cokelat mohrenglanz yang telah dicairkan. Masukkan ke dalam acuan kertas lalu taburkan di atasnya dengan badam/hazelnut cincang.

Cara saya:
Selepas menabur badam/hazelnut cincang, biarkan cokelatnya kering baru dicelupkan lagi atau tuangkan cokelat (kali kedua) ke atas cookies tadi dan taburkan badam/hazelnut (kali kedua).

CHOCOLATE MACAROONS

180 gm choc renchoco/choc chips
175 gm gula halus
3 biji putih telur (saiz yg besar)
1-2 sudu the esen vanilla

Cara-Cara:Pukul putih telur dgn esen vanilla dan masukkan gula sedikit demi sedikit. Pukul lagi hingga betul-betul pekat (stiff). Setelah itu, masukkan cornflakes dan renchoco/choc chips dan gaul rata-rata. Anda boleh juga masukkan kira-kira 50 gm kacang( srpti badam, walnut, hazelnut, etc). Setelah itu masukkan ke dalam acuan cupcakes yg kecil dan bakar hingga masak dan rangup dgn suhu ketuhar sekitar 140 darjah Celsius selama kira-kira 20-30 minit

Buskut Suji

BISKUT SUJI

Bahan-Bahan

1 kg tepung gandum
1 tin sederhana (16 oz) minyak sapi QBB
1 tin sederhana gula pasir (tin yg sama dgn minyak sapi) - di kisar jd serbuk
1 genggam tepung suji

Cara:
Gaul kesemua bahan dan uli hingga sebati. Kemudian bentukkan menjadi bebola kecil. Saiz terserah kpd citarasa anda. Bakar di dalam ketuhar sgn suhu kira-kira 160- 170 darjah Celsius sehingga masak.