CHOCOLATE HAZELNUT
COOKIES
Bahan-bahannya:250 gm
mentega
100 gm kacang panggang hazelnut (kisar halus)- saya kisar 1/2 kasar
1/2 halus
225 gm tepung Hong Kong (saya tambah sedikit lagi jika adunan
lembik)
1 sudu teh esen vanilla
70 gm gula halus
50 gm tepung
beras
secukup badam/hazelnut cincang (dibakar sebentar)
secukup hazelnut
(dibakar sebentar)
Peraturan:Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan
tepung Hong Kong, tepung beras dan hazelnut kisar. Ambil sebiji hazelnut,
bolotkan dengan adunan tepung tadi hingga menjadi seperti bola. Ulang sehingga
kesemua hazelnut dan adunan habis. Bakar di dalam oven dengan suhu 170 darjah
Celsius. Setelah masak, sejukkan dan celup dengan cokelat mohrenglanz yang telah
dicairkan. Masukkan ke dalam acuan kertas lalu taburkan di atasnya dengan
badam/hazelnut cincang.
Cara saya:
Selepas menabur
badam/hazelnut cincang, biarkan cokelatnya kering baru dicelupkan lagi atau
tuangkan cokelat (kali kedua) ke atas cookies tadi dan taburkan badam/hazelnut
(kali kedua).