Pages

Biskut Gajus

Bahan
125 gm Crisco
125 gm mentega
150 gm gula kaster
4 biji kuning telur

300 gm Top flour }
1 sudu teh sodium bicarbonate }
1 sudu teh baking powder }
25 gm tpg jagung }
25 gm tpg susu } … diayak

60 gm gajus dibakar sebentar dan dikisar kasar
secukup gajus dibelah dua untuk hiasan
secukup telur utk disapu di atas biskut

CaraPukul Crisco, mentega dan gula sehingga kembang dan gebu dgn kelajuan yg deras selam 3-5 minit. Masukkan kuning telur sebiji sebiji sambil dipukul, sehingga bergaul rata.
Dgn kelajuan perlahan, masukkan campuran tpg yg telah diayak, sedikit sedikit sehingga mendapat adunan doh yg lembut. Masukkan pula gajus kisar dan adun hingga rata. Adunan dibahagi sama rata, setiap satu 10 gm. Jadikan bebola kecil dan ditekan di tengahnya lalu dihias dgn gajus. Tekan sedikit lagi supaya gajus melekat dan sapu telur di atasnya. Bakar di ketuhar 170 darjah C, selama 10-15 minit atau sehingga masak.

Chocolate Almond Cookies

CHOCOLATE ALMOND COOKIESBahan-Bahan
( A )
260 gm mentega
185 gm gula aising
( B )1 biji telur
½ sudu teh pes kopi
1 susu teh pes cokelat
( C )
400 gm tepung
1 sudu besar tepung susu
½ sudu teh baking powder
15 gm serbuk koko
( D )180 gm kepingan badam (almond flakes)
CaraPukul ( A ) hingga sebati. Masukkan ( B ) dan pukul hingga licin. Masukkan ( C ) yg telah diayak dan kemudian tambahkan ( D ). Adun hingga sebati. Tekan adunan ke dalam dulang segi-empat, berukuran 20 sm (8 inci) yg dialas dgn kertas minyak. Simpan dalam peti sejuk semalaman atau sehingga keras. Keluarkan adunan dari peti sejuk dan potong menjadi kepingan 4sm. Potong menjadi kepingan nipis berukuran 5 mm tebal. Letakkan dalam dulang pembakar yg telah digris dan bakar pada suhu 170 darjah Celsius selama 20-25 minit.

Nota: Kepingan badam boleh digantikan dgn kacang lain seperti walnut, hazelnut atau lain2.

Hazelnut Ball

CHOCOLATE HAZELNUT COOKIES

Bahan-bahannya:
250 gm mentega
100 gm kacang panggang hazelnut (kisar halus)- saya kisar 1/2 kasar 1/2 halus
225 gm tepung Hong Kong (saya tambah sedikit lagi jika adunan lembik)
1 sudu teh esen vanilla
70 gm gula halus
50 gm tepung beras
secukup badam/hazelnut cincang (dibakar sebentar)
secukup hazelnut (dibakar sebentar)

Peraturan:Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan tepung Hong Kong, tepung beras dan hazelnut kisar. Ambil sebiji hazelnut, bolotkan dengan adunan tepung tadi hingga menjadi seperti bola. Ulang sehingga kesemua hazelnut dan adunan habis. Bakar di dalam oven dengan suhu 170 darjah Celsius. Setelah masak, sejukkan dan celup dengan cokelat mohrenglanz yang telah dicairkan. Masukkan ke dalam acuan kertas lalu taburkan di atasnya dengan badam/hazelnut cincang.

Cara saya:
Selepas menabur badam/hazelnut cincang, biarkan cokelatnya kering baru dicelupkan lagi atau tuangkan cokelat (kali kedua) ke atas cookies tadi dan taburkan badam/hazelnut (kali kedua).

CHOCOLATE MACAROONS

180 gm choc renchoco/choc chips
175 gm gula halus
3 biji putih telur (saiz yg besar)
1-2 sudu the esen vanilla

Cara-Cara:Pukul putih telur dgn esen vanilla dan masukkan gula sedikit demi sedikit. Pukul lagi hingga betul-betul pekat (stiff). Setelah itu, masukkan cornflakes dan renchoco/choc chips dan gaul rata-rata. Anda boleh juga masukkan kira-kira 50 gm kacang( srpti badam, walnut, hazelnut, etc). Setelah itu masukkan ke dalam acuan cupcakes yg kecil dan bakar hingga masak dan rangup dgn suhu ketuhar sekitar 140 darjah Celsius selama kira-kira 20-30 minit

Buskut Suji

BISKUT SUJI

Bahan-Bahan

1 kg tepung gandum
1 tin sederhana (16 oz) minyak sapi QBB
1 tin sederhana gula pasir (tin yg sama dgn minyak sapi) - di kisar jd serbuk
1 genggam tepung suji

Cara:
Gaul kesemua bahan dan uli hingga sebati. Kemudian bentukkan menjadi bebola kecil. Saiz terserah kpd citarasa anda. Bakar di dalam ketuhar sgn suhu kira-kira 160- 170 darjah Celsius sehingga masak.